JUN 2023

Premier Saksi Majlis Metrai MoU Antara Hornbill, Petronas


KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg pada khamis menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Hornbill Skyways dan Petronas untuk khidmat udara bagi operasi  syarikat minyak dan gas nasional tersebut di luar pantai Sarawak. 

MOU tersebut juga melibatkan khidmat untuk syarikat pengendali Petronas, iaitu Petronas Carigali, Sarawak Shell, Sapura OMV Upstream (Sarawak) Inc., Mubadala Energy Ltd., JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Ltd. dan PTT Exploration and Production.

Di bawah kontrak itu, Hornbill Skyways akan menyediakan tiga helikopter jenis Airbus H175 bagi tujuan perkhidmatan tersebut yang berpengkalan di Miri.

Kontrak tersebut bermula pada 1 April 2023 untuk tempoh lima tahun dengan kemungkinan boleh dilanjutkan untuk tempoh lima tahun seterusnya. 

Majlis sama juga menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perkhidmatan Teknikal antara Hornbill Skyways dan HAS International Sdn Bhd.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sumber dari : Sarawakku